Aku mencuba

cerita rekaan adik beradik.

 
Clarification
Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan.
Juga Menarik...


Story In The Making
jerit!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
xm mode
Saturday, April 02, 2011
jarak kertas takaful dengan kertas perilaku organisasi seolah-olah membunuh masa yang ada. otak tidak mampu berfungsi dengan baik. mahu bagaimana masa itu terisi dengan sesuatu yang lebih baik? aku garu kepala sendiri. mata dialihkan kepada kalendar untuk kesekian kalinya. takkan beralih harinya, jika malam dan siang berlalu baru dua kali sejak kertas sebelum ini.

rakan-rakan di mukabuku, rasanya sudah hampir semua ditegur. komen demi komen dihantar membunuh masa. sehingga datang suara azan mendayu memanggil menunaikan solat lima waktu, jari terhenti seketika dan iman bersuara; dan nikmat Tuhanmu yang mana sedang engkau dustakan.

maka, tulang belulang baru terasa lenguh akibat berlama-lamaan di kerusi meja menghadap besi buruk yang berhantu itu. hantunya jalur lebar. kaki melangkah ke bilik air. wudhuk diangkat. telekung puteh disauk. sejadah dihampar. kembalilah jiwa yang lalai menghadap kekasih yang menciptakannya.

usai salam kedua. telefon sel disentuh. ada pesanan masuk. ajakan seorang kawan minta menemaninya untuk mengisi hari minggu yang lapang. beberapa kali berbalas pesanan terluah di bibir; "kerana aku seorang perempuan."

terima kasih solat, kerana masih menjagaku dari terlepas laku. ikutkan hawa nafsu, semua pun pakai langgar. solat. sungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

telekung dilipat rapi dengan sejadah yang sudah terlipat kemas. buku-buku dan nota-nota pelajaran dipandang sepi. biarkan ia berselerak di situ. semoga sekejap lagi hantu dari nota dan buku tersebut datang bertandang dalam diri. semoga. amin.
posted by cikEff @ 12:08 AM  
1 Comments:
  • At 7:58 AM, Blogger zinziemeewah said…

    Assalamualaikum...
    ntah mcm mana sy smpai ke sini :-)
    tapi cara penulisan awak menarik, bila baca seolah2 sy sedang baca novel..hehehe

    jemputlah dtg blog saya zinziemeewah.blogspot.com

    sy baru start blogging. entry pn blu m banyk. reason utama buat blog sb nk share jln2 kt korea..

    assalamualaikum :-)

     
Post a Comment
<< Home
 
Penyumbang idea
Previous Post
Archives
Links
Cara sampai

Powered by

BLOGGER

© Aku mencuba .Blogspot Template by TD Abu Ahmad