Kelihatannya di bangunan pengurusan dan pentadbiran sekumpulan gadis-gadis berpakaian serba merah jambu sedang menggaya pelbagai aksi untuk dirakamkan. Seorang lelaki memegang kamera Nikon DSLR di hadapan mereka. Sesi bergambar barangkali. Ngah sekadar melintasi mereka tanpa mengetahui siapa mereka.
"Mira, you forgot to wish me someting," suara beberapa gadis yang telah berpecah dari kumpulan yang besar tadi sedang turut berjalan di belakang Ngah. "Apa?" soal gadis yang dipanggil Mira. "You forgot.. So sad.." ada sedikit kecaman pada nada suara gadis seorang lagi. "Ape..." suara Mira sudah sedikit memujuk.
Ngah sudah tidak ambil peduli lagi bicara mereka apabila ringtone Hasbi Rabbi berkumandang. Kakak-yang -seorang tertera di muka pamer handphonenya. "Balik tak?" sapa Kak We. "Assalamualaikum dulu kak. Apehal nak balik?" balas Ngah. "Waalaikumussalam, aku dah agak dah. Hari ni anniversary ibu dan ayah la wei." bebel Kak We. "Adoi. Apsal kak tak bagitau semalam." aksi tepuk dahi ditengah-tengah jalan. Ngah melihat jam tangan di tangan kirinya. "Aku dah pesan kelmaren. Kau ni Ngah. Suka la lupa-lupa. Baik kau balik, no excuses!" "Nanti la aku usahakan."
Langkah Ngah sudah berhenti di sebuah bangku yang berdekatan dengan telefon awam. Dia perlu menghantar SMS kepada kawan-kawan yang sedang menunggu untuk berdiskusi subjek Pengurusan Kewangan. Kena balik. Mahu Kak We mengungkit 3, 4 tahun jika dia tidak pulang untuk acara besar keluarganya. |
haha..tp kan..kdg2 perempuan pon x ingt jugak..kuang2..tapi selalunya kalau x ingt pon ada reminder kt phone..so at least x trlewat la nak prepare..huhuu..