| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| Lambaian Terakhir |
| Saturday, March 27, 2010 |
Ngah tenang keluar dari dewan peperiksaan. Berlagak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku semasa menjawab soalan sebentar tadi. Yang pasti dia lega. Beban sudah hilang. Tak perlu untuk dia merasa risau apa yang akan keluar pada keputusan nanti. Orang yang berusaha pasti mendapat habuannya.
Tanpa Ngah sedari, Mina yang tadi bersama-sama beberapa teman di celah-celah susunan kerusi dan meja sudah melangkah mendahuluinya. Mina hanya mengambil buku nota yang diletak bersama dengan barangan yang lain. Mina masih dengan sweater hijau orennya. Panas yang membahang di luar dewan belum menembusi deria kulitnya.
'Hari terakhir untuk melihat dia. Ayuh berpusing kamu supaya dapat melihat.' Monolog Mina. Dia berpusing. Matanya dihalakan kepada Liya yang masih bersembang dengan Biya. Mina mahu menunggu Liya di situ, namun melihat kasut Ngah yang menapak di sisinya. Dia terus membuka langkah membuatkan Liya terjerit-jerit meminta menunggunya.
Mina berada 7 tapak di hadapan Ngah. Baru dia berani melihat sekujur tubuh Ngah yang sedang berbual dengan Mail. Hah, nasib baik betul dua jejaka ini pensyarah dalam dewan peperiksaan tadi tidak menghulurkan surat saman kerana melanggar etika pemakaian universiti. Mina terus meratah pandangan ke arah Ngah. T-shirt tanpa kolar. 'Kamu benar untung.'
"Oih, Mina, hang ada kat sini lagi." Liya baru menyedari Mina masih di 7 tapak hadapannya. Mina senyum.
"Aku tunggu hang la. Jom balik!" 'Babai sang arjuna. Aku tak pasti kapan lagi kita akan bersua. Semoga kamu berbahagia.' Mina meninggalkan Ngah dan Mail menyaing langkah Liya.
Ngah hanya memandang dua orang gadis itu menjauh darinya. Salah seorangnya dia sedar itu rakan sekuliahnya. Dengan sweater hijau. Bukan kesukaannya Mail. Mail sudah pergi. Ngah mahu makan. |
posted by cikEff @ 12:21 AM  |
|
|
|
|
|