| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| lagi.. |
| Thursday, September 11, 2008 |
Baru saja tangannya nak mendarat di pintu, pintu sudah dibuka dari dalam. Chik terjengul keluar. Terus ditarik Kak We jauh sedikit.
“Mak tengah membebel sakan. Naik angin jugaklah.” Beritahunya pada Kak We.
“Apa hal?” tanya Kak We.
“Ngah lah. Pandai kutip barang, tapi lambat jual. Ni dia tak ada.” Terang Chik.
“Dia pergi mana?” soal Kak We lagi.
“Tak tau. Chik balik sekolah tadi kutip budak bertiga tu. Siap jemur kain Kak We pesan, mak balik. Entah angin mana datang, mak pergi jenguk perkakas Ngah. Nak buat apa ni? Bapak dah nak balik ni.”
“Awal lagi ni..” sahut Kak We, acuh tak acuh.
“Awal tu awal la.. tapi kalau mak dah balik, bapak akan sampai awal juga punya.”
Ya tak ya... Bukan dia tak tahu orang tuanya tu, masing-masing bertelefon sebelum balik rumah. Kalau mak bising, bapak tak akan biarkan. Habislah kami bertiga. Ateh dengan Nik pun tak terkecuali la tu nanti.
Beh.. beh.. beh..
Itu bunyi Vespa Pakcik Muthu. Kak We dapat idea.
“Chik, kau pergi tahan pakcik Muthu tu. Aku nak ambil sampah-sampah Ngah.”
Chik terpinga-pinga sebentar sebelum berlari anak ke pintu pagar menggamit pakcik Muthu. Kak We berlari ke stor Ngah. Di jeritnya nama Ateh dengan Nik. Seingat dia, banyak betul barang buangan yang Ngah kumpul. Surat khabar lama, kertas-kertas, buku-buku, plastik, botol kaca, botol plastik, dan besi buruk. Di bawanya keluar setakat terdaya. Vespa pakcik Muthu tu bukannya lori balak.
“Dey, ada lagi ka? Vespa ni kicil saja..” kata pakcik Muthu.
“Banyak lagi. Tapi tak apalah. Nanti saya suruh Ngah bawa sendiri ke stor pakcik.” Kak We menjawab.
“Okey. Ni duitnya. Saya pigi dulu.”
Elok pakcik Muthu pergi, mak keluar dengan guni. Marah mak berapi-api melihat pakcik Muthu sudah beredar. Ngah pula muncul waktu tu, teruk Ngah kena bebel. Chik senyum-senyum. Ateh dan Nik buat aksi mengejek. Kak We yang masih berseragam sekolah tidak mempedulikan mereka lagi, menghilangkan diri ke dalam rumah.
@ @ @
“Kak We, aku belum nak jual barang-barang tu.” Bicara Ngah.
“La.. kenapa pulak?”
“Aku tunggu sikit lagi supaya barang-barang tu supaya berat dia boleh bagi amaun yang aku nak.” Jelasnya.
Kak We tahu, barang-barang yang Ngah kumpul tu barang kitar semula. Rugi jual sikit-sikit. Ngah giat betul kumpul barang-barang tu. Tentu tadi pun dia pergi cari barang-barang terpakai dekat tong sampah besar hujung jalan sana.
“Kau nak pakai duit ke?”
“Tak. Ni projek aku untuk kelab reka cipta. Di samping cari benda yang aku nak untuk rekaan, tak salah kan aku jana poket aku sama..”
“Pandai-pandai la kompromi dengan mak. Cakap elok-elok pada bapak. Aku tak boleh kata apa-apa. Ni, ampaian tu bila nak betulkan?”
“Nantilah.”
“Nantilah aje..”
Belum pun Kak We menghabiskan ayatnya, Ngah bangun meninggalkannya. |
posted by Maryam @ 9:57 AM  |
|
|
|
|
|