Aku mencuba

cerita rekaan adik beradik.

 
Clarification
Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan.
Juga Menarik...


Story In The Making
jerit!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
balas mulut
Friday, September 05, 2008
"Wah, rajinnya adik-adik Ngah. Buat homework ke?" tegur Ngah melihat Nik dan Ateh senyap sunyi di depan tv.

"Ngah balik! Nak cokelat? Tuh, orang nampak dalam plastik tuu~" Ateh bangun menyambar plastik di tangan Ngah. Ngah bagi je pada Ateh. Nik berpusing lipat nak tengok sekali.

"Ha,ha, ha. Amik la Ateh cokelat Ateh ne." gelak Nik bila melihat isi yang terkeluar. Sekotak bateri saiz 3A, bungkusan tisu muka, kapas muka dan beberapa batang pen.

"Mana cokelat Ateh pesan?" Ateh mula merengek. Ngah sudah membuka sila depan Nik.

"Ceh, Ngah ingat rajen sangat buat homework. Duk tiru gambar Conan rupanya. Heh." Ngah belek lukisan Nik. Boleh tahan gak. Nanti suh Ngah jadi pelukis komik. Jalan cerita Ngah dan Chik susun. Adeh, mimpi lagi.

"Hee..Ngah nak cokelat...tak kira orang nak cokelat jugak!" Ateh dah bukak aksi hentak kakinya ala-ala tentera. Ngah buat muka. Nik dah mula mengemas alatannya. Tahu sangat, bila Ateh buat tunjuk perasaan abih semua barang melayang.

"Japla, nanti Chik beli. Ngah lupa la. Sowi..~" Ngah dah baring. Sedikit malas nak melayani Ateh yang manja mengada-ngada macam itik.

"Huuu~ Ngah jahat!" tempik Ateh.

"Ombak jahat la~" Balas Nik. Loyar buruk.

"Nik kenit!" lagi sekali Ateh bertempik.

"Ateh itik. Qwek-qwek." Nik lari bertempiaran. Ateh mengejarnya. Ngah bersenang lenang.

Kak We turun dari atas.

"Kacau Ateh je kejenye." ujar Kak We tak tahu dituju pada siapa. Ngah capai remote tv.
posted by cikEff @ 11:29 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Penyumbang idea
Previous Post
Archives
Links
Cara sampai

Powered by

BLOGGER

© Aku mencuba .Blogspot Template by TD Abu Ahmad