| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| geng minah gedik |
| Monday, July 28, 2008 |
Dari jauh sudah kelihatan aksi memualkan minah gedik. Yang abang-abang tu pulak layan macam nak ajak kahwin dah dah. Takut betul tengok mereka ni. Takut terbunting! Masa tu, nak salahkan siapa?
"Oi, kalau rasa pandai menggoda, meh sini, challenge kami!"
Ooo mencabar.. gasaklah dia orang tu...
Aku pandai menggoda? Hahaha... mek gelak besar dalam hati. Asal boleh aje, macam-macam dia orang cop aku. Taulah hasad Kamal tak pandang korang, kan... Azab betul lah dilibatkan dalam perkara yang diketahui hujung pangkal nih.
"Ala, Mek, singgah lah kejap. Dengan orang lain boleh mesra, meh la bermesra dengan abang Jani..."
Suara lelaki? Abang Jani? Mek terbatuk-batuk. Mewaraskan fikirannya. Siapa pula watak abang Jani nih? Berani pulak tu berabang-abang dengan aku? Hoh... biarkan... biarkan... gangguan sepanjang perjalanan ke kelas ni bermacam jenis. Kalau Ngah ada, boleh dengar jawapan dia. Ngah kan sayang benar pada Kak We walaupun tak berapa sayang.
Mek tetap berjalan. Tapi matanya tetap melirik geng itu dari jauh.. OH! Mek terlopong... beraninya mereka! Duduk rapat-rapat, peluk-peluk di sebalik pohon tak berapa nak besar tu. Matanya sempat menangkap gelagat raba meraba dan meramas. Maksiat.. maksiat.. takde ke pengawas lalu kawasan ni? Cikgu ke? Dek kerana ketakutan, Mek memecut ke kelas.
Tapi, depan pintu kelas, ada makhluk besar menghalang. Cikgu disiplin rupanya.
"Awak nampak apa yang saya nampak?" tanya cikgu.
"Nampak apa cikgu?" soal mek semula.
"Tu.." cikgu tuding jari ke arah pokok yang tak ingin dia lihat lagi.
"Kenapa, cikgu?"
"Saya nak tangkap dia orang. Awak ikut saya."
"Tak mahulah cikgu. Cikgu ajak aje orang lain."
"Macam tu 15 minit lagi awak buat pengumuman supaya semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan."
"Baik, cikgu."
Aduh! Bala apakah ini? Mek terduduk di kerusi paing dekat dengan dia. |
posted by Maryam @ 10:10 PM  |
|
| 1 Comments: |
-
salam.. sambungannya mana?
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
salam.. sambungannya mana?