| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| upah |
| Saturday, April 19, 2008 |
Ngah bersiul-siul kegirangan. Tak sia-sia buat baik. Dia tak harapkan upah pun waktu menolong Mak Timah angkat barang. Elok aje dia nak menapak pulang, beberapa orang dah mula serbu gerai. Mak Timah minta dia ambil order. Dek kerana Mak Timah masih tercungap-cungap, Ngah tawar diri tolong buat air. Ngah cebuk bahan ikut suka saja. Pelanggan puji sedap, hati Ngah berbunga-bunga.
Dah mula tolong, Mak Timah suruh Ngah buat air aje. Tapi Ngah tolong basuh cawan dan pinggan sekali bila ada senggang masa. Kata Mak Timah, pembantu nya hari ini ada minta cuti kecemasan. Ngah pun tak kenal pembantu Mak Timah. Menjelang tengahari Ngah minta diri tapi Mak Timah minta Ngah tunggu sampai lepas zuhur. Waktu makan tengahari pelanggan ramai. Ngah akur.
Masuk aje waktu Zuhur, Ngah solat di belakang. Mak, bapak dengan Kak We mesti bising kalau dia solat lambat. Kak We tak mahu jadi ikutan Nik, Ateh dan juga si kecik. Mak Timah hulur sejadah buat lapik. Mujur Mak Timah faham isyarat perbuatannya. Usai solat, Ngah sambung tolong Mak Timah hingga lah pelanggan tinggal beberapa orang saja lagi. Ngah minta diri mengenangkan mak dan bapak serta tugasan rumah yang belum dia selesaikan. Sebelum Maghrib, sampah sarap mesti bersih. Sepatutnya dia langsaikan pagi tadi.
Tiba-tiba Ngah teringat janjinya dengan mak. Nak alihkan pasu bunga dan susun cantik-cantik. Cuci longkang dan betulkan ampaian mak yang dah hampir menyembah bumi tu. Alamak! Kesian Chik tak dapat jemur pakaian hari ni. Kena kompromi dengan Kak We gak la camni. Nasib aku la... gumamnya sendiri. Dah la dah janji juga dengan Nik dan Ateh nak basuhkan kasut dia orang. Pagi tadi, gara-gara tak mahu dengar Kak We mengarah itu ini dia cabut lari.
Jam 2.30 petang Ngah minta diri sungguh-sungguh. Bukan dia tak kesian pada Mak Timah. Tapi dia benaar-benar kena balik rumah. Lagi parah kalau bapak bantai dia hari ini. Mujur Mak Timah izinkan. Tanpa disangka-sangka, Mak Timah bekalkan kuih kegemaran dan beberapa keping not merah.
@ @ @
|
posted by Maryam @ 6:19 AM  |
|
|
|
|
|