| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| Berjalan |
| Friday, April 04, 2008 |
Tak boleh ke bagi aku jalan nga tenang dan damai? Masa-masa kena kacau gini, aku rasa cam nak buat status 'invisible' je. Cam dalam YM. Ee, susah-susah. Melihat ke hadapan, sekurang-kurangnya ada lagi 200 langkah nak sampai ke lorong rumahku. Sempat kira tuh. Budak-budak sial yang bersorak cam aku mak tiri diorang dah kutinggal di belakang. Hati yang duk menyumpah kesialan mereka dah reda.
Melihat di atas jalan yang aku lalui. Minggu lepas dah lalu jalan ni. Hari ini, jalan sini lagi. Kalau scanner, aku nak scan tapak kaki aku. Dah penuh ke belum? Aku ternampak beberapa batang tiang lampu. Aku belum pernah aku menapak ke sana. Deras kakiku melangkah ke tepi setiap tiang lampu yang ada dan tersenyum puas. Aku berjaya menapak kaki di situ! Whoah, bangga gila.
Pemandu-pemandu yang menggunakan jalan tidak menghiraukan lagak seorang gadis yang sedang berlari-lari keseorangan ke setiap tiang lampu. Pada orang berselisih langkah dengannya, makin dijauhi gadis berbeg hitam itu.
Langkah demi langkah. Itu rumahku. Rumahku, aku pulang!
Pintu ditolak perlahan. Ruang tamu memang sentiasa sunyi dan sepi. Mereka suka bertapa di ruang tv dan dapur sahaja. Melintasi Ngah yang khusyu' tengok tv, rasa marah tiba-tiba datang kembali. Teruskan ke bilik. Siap mencampak beg sandang ke atas katil, aku membuka pintu beranda. Ampaian kosong.
"Ngaahhh~!!!"
Ngah yang sedang seronok bersidai merengus geram.
"Dah habit la tu. Asal balik melolong. Agaknya masuk rumah tadi pun tak bagi salam," bebel Ngah sendirian.
@@@
Ngah melihat Kak We tidur dalam timbunan buku-bukunya. Dicapai suis lampu, lalu dinyalakan lampu belajar di hujung meja. Lampu dihalakan ke dinding. Cahayanya lebih meluas. Ngah mencapai sebuah buku tulis dari raknya. Dia menyelak helaian demi helaian mencari tempat terakhirnya.
'dia suka macam tuh.. salu bangga apa yang dia dah buat.. ingat aku tak buat ke?.. sampai bila gini?.. em, tak pelah aku buat sikit dari tak buat langsung.. suatu hari boleh tak aku mimpi untuk tidak berada di sini lagi?.. atau, keadaan di tak sama seperti hari ini lagi?.. 2907-W'
Larian pen birunya mati bersama dua titik. Kemudian dia meletak kembali buku tulis tersebut di tempat asal tadi. Jam di mejanya menghampiri 2 pagi. Lampu belajar dibiarkan menyala. Ngah mencari posisi untuk melelapkan mata.
@@@
ciktim: apakah yang patut disambung? kisah mereka adik beradik? atau menambah watak baru?
|
posted by cikEff @ 12:46 AM  |
|
| 2 Comments: |
-
oit! tambah aje apa2 watak penyedap cerita.
-
salam alayk establish a plot and stick to it. asyik citer pasal kak we n ngah je, when is the limelight on chik, ateh, mak and abah?
just a penny. :D
|
| |
| << Home |
| |
|
|
|
|
oit!
tambah aje apa2 watak penyedap cerita.