| Clarification |
| Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Gambar yang disertakan hanyalah sebagai hiasan. |
| Juga Menarik... |

Story In The Making |
| jerit! |
|
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| try lagi |
| Wednesday, March 26, 2008 |
Mereng!
Getus hatinya. Mamat ni tak reti bahasa sungguh. Dah berbuih mulut aku terangkan, aku tak mahu, tak mahu dan tak mahu! Tak mahu bersamaan tak nak. Tak sempat pandang kiri kanan. Jalannya menonong. Buku dipeluk rapat-rapat seolah ada yang menunggu peluang mahu rampas.
“Wei, takde orang lain ke kau nak ambik ha?”
Alamak! Ini bala nama dia. Siapa pula nak nyalakan api ni? Segera diangkat muka memandang sekeliling. Selain minah ni dan gengnya, tak ada orang lain la pulak. Hah, si Noli ada. Dari cari pasal pagi-pagi, baik kawan dengan Noli. Ada juga berita terkini dalam negara. Karang cikgu tanya, tak adalah aku terkial-kial.
“Oi mek! Kau nak lari ke mana? Tempat duduk kau kat sini!”
“Aku cari Noli la. Homework cikgu Abu aku tak siap lagi. Noli gerenti siap punya.” Jawabnya.
“Banyak la kau punya dalih. Cikgu Abu mana pernah bagi homework.” Suara makcik minah seorang ni dah mula melengking.
“Ada la. Ha tu la engkau, masa cikgu mengajar, kau sibuk tilik putera idaman, kan dah tak tahu ada homework.” Yes! Noli membela diriku!
Aku tersenyum menang. Kau memang best lah Noli! Kepoh kumpulan minah gedik menyemak beg masing-masing. Eh, apahal Noli bela aku ni? Aku tak pernah buat hubungan diplomatik dengan si Noli ni. Tak boleh jadi. Aku kena tanya dia. Aku terus mendekati Noli.
“Terima kasih, Noli.” Aku berbasa-basi dengan dia.
“Ala mek, perkara kecik aje tu. Aku dah lama geram dengan minah-minah gedik tu. Ada peluang sekali-sekala, sedap juga. Betul ke cikgu Abu bagi homework?”
“Tadi kau cakap ada. Sekarang kau tanya aku balik…”
“Baca suratkhabar kira homework gak kan… ada lagi ke?” kami gelak gila-gila menyedari geng minah gedik terkena.
“Mek, temankan aku jumpa cikgu Abu.” Noli tiba-tiba menarik lenganku. Mahu tak mahu, terpaksalah aku mengikut.
“Ni bukan laluan ke bilik guru.” Kataku spontan.
“Aku baru menyelamatkan engkau le. Diorang macam dah tahu helah kita.”
“Noli, betul la cikgu Abu bagi homework. Dia suruh buat rumusan tajuk sebelas. Kau dah siap?”
“Yang itu dah berkurun dah aku siap. Aku tak sabar nak tengok geng minah gedik kena berdiri kat luar kelas kali ni.”
Wow! Menarik ni. Apa kes Noli nak sangat tengok dia orang kena denda ni?
“Apa hal kau?”
“Perasan cantik sangat. Pada hal gedik aje pon. Dengan cikgu Mun boleh lah rayu-rayu. Cikgu Abu, sori naik lori la. Mesti kena sedas dua nanti. Ada ke patut, dia orang tuduh aku mengorat lelaki idaman diorang…”
Aku ketawa melihat mimik muka Noli. Marah benar dia kalau begitu.
“Cerita zaman bila ni Noli?”
“Sebulan lepas.”
“Aku tak tau pun?”
“Mana kau nak tahu… kau sibuk memanjang. Macam engkau pulak pengetua.” Aku tergelak lagi.
“Kau ni suka sangat gelak. Tapi tak ada orang tahu pun kes tu. Leman datang borak dengan aku pasal subjek cikgu Abu. Geng minah gedik nampak, terus serang aku. Yang Leman pulak, blah macam tu je. Aku paham le, Leman lari dari dia orang. Aku sakit hati dengan minah-minah gedik tu la.”
“Oh, Leman… Habis tu aku pulak rampas siapa?”
“Kan diorang tengah aim Kamal pulak.”
Bangang punya mamat!
“Tapi Kamal dah lama mengorat kau, kan mek? Apahal kau pulak kena cop perampas?”
Ya tak ya… apa hal aku pulak kena cop perampas? Kamal mereng, aku sewel. Ahh… dia orang ni tak ada matlamat hidup! Walaupun aku bukan pengawas apalagi ketua pelajar, aku sangat sibuk. Hubungan dua hala aku dengan banyak orang kat sini memang menuntut banyak masa aku. Sampai nak berehat-rehat kat rumah pun terkorban. Nasib baik bapak tak pernah soal.
@ @ @
“Kak We, mak cari. Kau pegi mana lambat balik?” bisik Ngah semasa dia sedang membuka kasut.
“Ha? Apahal dia cari? Aku kena jumpa cikgu la tadi.”
“Mana aku tahu. Kau buat apa pulak kali ni sampai cikgu panggil?”
“Aku buat hal? Mana ada, tambi! Aku kan feveret cikgu. Cikgu yang suka lepak dengan aku, takkan aku nak tolak pulak.”
“Piirah! Feveret cikgu konon.. mesti kau ampu dia. Aku rasa mak nak bagi ceramah. Dah dua minggu kau baik kan… Ha ha ha!”
Mek mencuka. Dia tahu pagi tadi dia tidak sidai kain. Tak hantar bekal si kecik. Rumah pun bersepah. Tapi bukan salah dia seorang. Chik, Nik, Ateh semua liat nak bangun. Mana sempat dia kemaskan semua. Ngah pula angkat kaki tinggalkan dia berperang sendirian dengan mereka-mereka tu. Tahan sajalah, putusnya.
Sebaik sahaja dia muncul, mak yang memang sedang bising menghalakan senjatanya pada mek. Mek diamkan mulut tapi anggota lain bergerak. Siap kau, Ngah… Aku tahu kau sangat suka makan donat. Aku buat donat pagi esok, melopong la engkau. Aku buat cukup-cukup untuk Chik, Nik dan Ateh aje. Budak bertiga tu dah la kedekut. Taik idung masin.. Padan muka kau, Ngah!
Mak tu bukan apa. Dia penat. Mentang-mentang aku kakak, ngah tala semua pada aku. Ha, kau tak lepas la ngah.. mak perasan kau tak buang sampah, tak jual botol, suratkhabar dan tin.. Habis la kau ngah jap lagi. Apa la nasib kau tambi… kena marah, tak dapat donat. Dan bapak pasti hukum engkau.
Selesai segala kerja dia, ngah muncul. Mek baru saja membuang sampah terakhir di ruang pembuangan sisa. Dia hadiahkan senyum tersirat pada ngah. Waktu tu juga mak tunjuk muka. Dan motor kapcai bapak pun kedengaran dari jauh…
Mek melarikan diri. Ngah tarik muka empat belas. Bukan aku tak tahu, kau dah terasa bahang kemarahan mak dengan bapak, tambi! Macam mana kau biarkan aku kena bebel tadi, macam tu jugak la aku nak biarkan kau Ngah. Kau tala semua pada aku ya… bapak dah pesan suruh tolong aku. Kau buat-buat lupa, memang patut kau terima padah, tambi.
Mek senyum meleret pada Ngah. Nik dengan Ateh berlari tak cukup tanah berkejar ke jemuran. Chik bising melarang mereka berlarian. Jatuh nanti, satu kampung boleh tahu. Masing-masing bukan lagi kanak-kanak. Si kecik berpimpin tangan dengan chik. Gasak koranglah!
@ @ @
“Kak We, kau tak tolong pun aku tadi.” Ngah mengungkit ketika mereka menyiapkan barang untuk ke sekolah esok hari.
“Tolong? Kau pun tahu, aku balik lambat tadi. Kau pun tak tolong aku langsung. Kerja kau tak banyak mana tapi tak buat juga. Sambil-sambil dengar ceramah mak tadi, kerja-kerja aku siap tau. Asal mak mula ceramah, kau cabut. Bila kena kat batang hidung kau aje, bapak ada. Padan muka la kan.”
“Ada lori ada bas…”
“Kau nak balas bila? Kau sikit pun tak hint aku tadi kau tak buat kerja kau. Masa aku duk mengemas, ada gak aku dengar motor pakcik Muthu. Dah habis mengemas baru aku nampak harta karun engkau, camana aku nak tolong.”
Ngah kelu seribu bahasa. Layan perasaan lah tu. Dah banyak kali aku ingatkan, dengan aku jangan main-main, kau main-main jugak. Kan dah kena tulah saudara tua. Chik lebih suka mengawasi yang lain-lain. Nik, Ateh dan si kecik.
“Kak We,” panggil Ateh.
“Apa?” responku, malas.
“Jadi tak nak…” belum sempat Ateh menghabiskan ayatnya, aku bagi isyarat menyuruhnya diam. Terpinga-pinga si The. Kemudian dia ketawa sambil berlari masuk. Baru ingat lah tu janji kami. Ngah dah menjeling. Tahu sangat isyarat ingin tahunya tu. Aku buat tak faham dan beredar.
@ @ @
Ngah mengamuk sakan. Aku mengotakan kataku, tidak ka nada bahagian donat untuk Ngah. Selalunya aku buat juga untuk diri sendiri tapi kali ini aku nekad tak mahu buat. Bukan kegemaran pun. Chik korbankan bahagiannya. Separuh untuk Ngah, separuh untuk si kecik. Aku potong pula duit poketnya hari ini. Kali ini Ngah diam. Faham isyarat tindakanku.
Ngah buat semua kerjanya, aku dan Chik dengan rela hati sehingga aku puas hati. Tanda aku puas hati ialah bila aku tunjukkan tanda-tanda mahu mengambil alih semula tugasku. Bukan puas hati sebenarnya, geram melihat hasilnya tak sekemas aku buat. Mak tetap la dengan ceramahnya bila begitu. Aku dan Chik juga yang sakit telinga. Nik dan Ateh pula buat perangai. Lagi haru jadinya.
Jadi kecik jugak best. Belum faham kemelut kehidupan.
@ @ @
Budak-budak lelaki ni memang tak ada kerja. Asyik bersidai di perhentian bas. Tak senang aku nak lalu. Kalau balik awal tolong mak bapak dia orang kan bagus. Aman dunia aku. Ah, selamba sajalah.
“oi mek, laju aje…” tegur budak-budak yang sedang bersidai.
“mana ada laju, aku nak balik rumah la…” dia terus berjalan.
“taknak tunggu bas ke?” tanya yang lain.
“tunggu bas? jarak sejengkal je naik bas? Korang ni buat lawak lahhh… drebar bas pun tak mahu ambik tau tak!”
“drebar bas takmau ambik, abang kamal nak ambik…”
Sial budak-budak nih.
“dengan apa? Motor kapcai dia tuh? Blah la… kalau concord nak la jugak.”
Kakinya tetap dihayun. Bergema ketawa budak-budak itu. Sehari tak kacau aku memang tak sah. Nak harap Ngah ambil? Berjanggut lah. Jalan kaki lagi baik.
@ @ @ |
posted by Maryam @ 7:37 AM  |
|
|
|
|
|